Latar belakang UtusanTV

Utusan TV dibangunkan oleh Zulkefli Hamzah dan kumpulan bekas wartawan Utusan Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Januari 2021.[1] Terdahulu, Zulkefli yang merupakan bekas pengarang Utusan Malaysia tidak dilibatkan dalam penerbitan semula akhbar yang beliau pernah terajui oleh pemilik baharu syarikat tersebut, Media Mulia. Dengan sokongan sekumpulan rakan-rakan, beliau membeli Utusan Binders Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UMMB yang memegang permit enam majalah syarikat penerbitan itu, iaitu Mastika, Wanita, Saji, Hijab, URTV dan Al-Islam.[3]